Walaupun hanyalah sebuah air terjun yang kecil, Air Terjun Serendah merupakan sebuah tarikan yang sangat sesuai untuk dijadikan destinasi anda sekeluarga menenangkan fikiran.
Bersantai menikmati udara segar dan bunyi deruan air sungai yang menyegarkan halwa telinga.
Di sini, anak-anak boleh bermandi-manda dengan sepuas hati tanpa anda perlu risau terutama sekali di kawasan yang berdekatan dengan pondok dan jambatan yang terdapat di kawasan sungai ini.
Berkaitan dengan kemudahan yang disediakan, segalanya telah tersedia kerana kawasan air terjun ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti surau, tandas, bilik mandi, gerai-gerai jualan.
BACA JUGA:Pj Wako Ajak Wisatawan Nikmati Pesona Dempo
Pondok untuk anda bersantai, taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan dan tempat meletak kereta.
2. Hutan Lipur Gunung Nuang
Satu destinasi yang sangat popular di Selangor terutamanya di kalangan ‘kaki hiking’.
Di hutan simpan ini, terdapat Gunung Nuang yang berketinggian 1493 m dari aras laut & merupakan antara puncak tertinggi di Selangor.
Perlu anda tahu, cabaran untuk menawan puncak Gunung Nuang bukannya terletak dalam kategori mudah seperti Bukit Broga atau Gunung Tok Wan.
BACA JUGA:Jangan Dilewatkan! Wisata Kuliner Karawang Menyelami 5 Kelezatan Makanan Khas di Kota Industri
Untuk yang baru berjinak-jinak pastikan anda sudah ada pengalaman di kawasan bukit lain & mempunyai orang yang berpengalaman untuk memimpin.
Perjalanan menuju ke puncak memang agak lama sekitar 5-8 jam bergantung kepada keadaan laluan semasa & juga tahap stamina anda.
Sekiranya ingin lakukan aktiviti pendakian untuk menawan puncak, disyorkan untuk bermula awal pagi.
Cabaran mendaki gunung ini yang terletak di sepanjang perjalanan juga berbeza.
BACA JUGA:Wisata Kuliner Bandung, Menemukan 5 Cita Rasa Khas di Setiap Sudut Kota Yuk Cobain!